Cinta jannah...




Ramai sudah sedia Maklumkan tentang drama cinta jannah di tv3...
Semalam merupakan episod akhir bagi drama ni.....

Aku memang gila la tengok drama ni....best bagi aku drama ni...lagi2 hero nye tu handsome...hahahahaha...

Tetapi di sini terdapat ketidak puas hati aku tentang episod semalam...huhu..
Antaranye...

1. Jannah tak berbaik pon dengan bapak n akak die tu....habis gitu je ek...
2. Mak bapak die tak tau pon jannah tu dah kawin sebenarnye kan....tak dapat jumpe menantu pon kan....
3.Damia pon tak berbaik pon dengan mak bapak die....kecian la hai kena buang keluarga...anak tunggal pon kena buang keluarga kan...huhuuu
4. Si sufiaan tu tak tau ke tengku mami tu sebenarnye mak die..hahah..tergantung je macam tu...
5. Mana ustaz pak su si ezaril tu ek...watak mati macam tu padahal ritu sibuk p kl nak tengok anak sedara die dengan jannah tu...hihi...
Hehehe...ni antara yang aku tak puas hati la...saja je menyuarakan dekat sini....

Agak2 kalu aku lah jadi jannah tu sesuai idak...choiiiii..




Ni hero dan heroin cinta lela kat tvABC...hahahhaha...verangan...









Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Sama tapi tak serupa....


Hari ni nak tepek lukisan pertama Alesya kat sini untuk buat kenang kenangan....
Memang surprise tau...Mama pon teruja tengok lukisan ..Maklumla mama Alesya ni tangan kayu..ahahaa...lukis apo pon tak menjadi....

Alesya lukis cartoon banana..katanye la...tengok la sama idak..haha











 jom layan video alesya kat  sini  ------->   Alesya



Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Wordless Wednesday #19






Hp mama dalam tong sampah?????





Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Segmen Simple & Mudah





Dah lama nye tak join segmen...Hari ni mengatal nak join...
Jom join sekali...
Nak join klik baner comey ni.....











Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Kenangan Mengusik Jiwa...:)




Tajuk n3 yang tak boleh bla...ahahha..:)

Assalamualaikum...

Semalam Alesya tanya mama,kenapa ada hari malam.? Kenapa tak siang aje mama...Alesya nak main kat taman...malam tak boleh main..gelap...Mama jawab tak boleh tak de malam,mesti kena ada...
Alesya tanya lagi..kenapa tak boleh,ada orang marah ke mama...huhuu..mama terkedu tak tau nak jawap ape.....kena fikir jawapan yang mudah die paham...:) ngee....

Tak pe la aku tak jadi cikgu tapi aku akan jadi cikgu yang baik untuk anak aku, Alesya....
Tetiba aku  rindu Alesya masa baby...baby yang kuat menangis...hahah...Memang mencabar kesabaran  masa tu...:)


Gambar Alesya masa baby..Baby tembam tapi kuat melalak..hehehehe...:)

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Adap Mengunjungi Rumah Orang




Tafsir Al-Quran
Surah An-Nur ayat 27-29

Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.(27)

Sebab turun ayat

Diriwayatkan daripada Adiy bin Thabit, seorang lelaki kaum Ansar : Bahawasanya seorang wanita telah bertanya kepada Rasulullah saw : “ Ya Rasulullah ! Saya sedang berada dalam rumah dalam keadaan saya tidak ingin dilihat oleh ayah mahu pun anak saya, tiba-tiba ada orang masuk ke rumah melihat saya apa yang patut saya lakukan ?”, maka turunlah ayat ini.

Huraian ayat

Rumah adalah tempat menyimpan rahsia kerumahtanggaan. Pada kebiasaan, manusia itu ada dua wajah, wajah dalam rumah dan wajah di luar rumah. Apa yang berlaku dalam rumah adalah rahsia peribadi seseorang mukmin. Pendedahan aurat antara suami isteri serta anak-anak gadis adalah lumrah di dalam rumah.

Justeru itulah dalam ayat 27, Allah SWT mengajar hamba-hambaNya yang beriman supaya memiliki adab yang mulia apabila berkunjung ke rumah orang. Hikmahnya agar memelihara maruah tuan rumah supaya tidak kelihatan segala pemandangan yang mengaibkan diri dan keluarganya.

Ayat ini menjelaskan, antara adab yang perlu dilakukan ketika mengunjungi rumah orang ialah meminta izin dan memberi salam terlebih dahulu kepada penghuninya, moga-moga dengan cara itu akan menimbulkan perasaan kasih dan kemesraan sesama manusia.

Firman Allah SWT,

“Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(28)

Pada ayat 28, Allah SWT menyatakan sekiranya orang yang berkunjung itu tidak mendapat izin dari penghuni rumah, maka hendaklah ia pulang saja. Sikap demikian itu adalah lebih baik daripada berdiri di depan pintu rumah dengan niat memaksa penghuni rumah agar mengizinkannya kerana penghuni rumah kadang-kadang sedang sibuk dengan suatu pekerjaan dan dia tidak mahu diganggu oleh tetamu.

Jika rumah itu tidak ada penghuni yang berhak untuk memberi izin masuk meskipun ada kanak-kanak ataupun orang gaji, maka janganlah juga cuba masuk kerumah itu sehingga mendapat keizinan dari penghuni rumah yang sebenar. Ini kerana ada penghuni rumah yang tidak suka orang luar melihat apa yang terdapat di dalam rumahnya.

Dan juga mungkin kemasukan orang luar ke rumahnya mengakibatkan kehilangan sesuatu barang yang berharga akhirnya timbul tuhmah kepada orang yang memasuki rumah tersebut. Walaubagaimanapun jika memasuki rumah tersebut kerana kecemasan seperti memadamkan api kebakaran, menghalang berlakunya jenayah atau sebagainya tidaklah mengapa.

Firman Allah SWT seterusnya,

“ Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk di diami, yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan” (29)

Pada ayat ke 29 pula Allah SWT menyatakan tiada kesalahan memasuki rumah yang tiada penghuni sekiranya sudah mendapat keizinan dari tuan rumah seperti memasuki kedai, hospital, dan lain lain. Di akhir ayat ini Allah SWT menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui niat baik dan buruk seseorang apabila masuk ke rumah orang.


Beradasarkan surah an-Nur ayat 27 tadi, hendaklah para tetamu mengucapkan salam terlebih dahulu sebelum meminta izin untuk masuk.

Setelah salam yang pertama di beri tetapi tidak mendapat respon, maka tunggu dulu sebelum memberi salam yang kedua. Ketika itu tuan rumah mungkin sedang bersiap sedia mengemaskan diri dan rumah untuk menerima tetamu.

Kemudian beri pula ucapan salam yang ketiga. Sekiranya tiada juga respon maka hendaklah pulang. Berdalilkan hadis Rasulullah saw,

إذا استأذن أحدكم ثلاثا فلم يؤذن له فلينصرف

Maksudnya : Apabila seseorang kamu minta izin sampai tiga kali, namun masih belum juga diberi izin maka hendaklah dia beredar.

Sebelum diizinkan masuk, janganlah menghalakan mata ke dalam rumah. Sabda Rasulullah saw,

لو أن امرأ أطلع عليك بغير إذن فحذفته بحصات ففقأت عينه ما كان عليك جناح

Maksudnya : Kalau ada orang yang menengok-nengok rumahmu tanpa izin lalu engkau lempar batu sehingga matanya pecah, tidaklah engkau berdosa. ( HR Bukhari dan Muslim)



*** Teringat kisah masa aku dengan kengkawan kerja p beraya rumah patient...
Sampai rumah patient ni kami bagi la salam...senyap sunyi...dua tiga kali bagi salam...Tetap sunyi jugak..
Siap kami telefon lagi pon tiada jawapan...
Ada la kawan aku  ni duk mengintai2 ke dalam rumah...die kata nampak tv  on..nampak bayang orang...hahha jahat sungguh kan p mengintai plak..karang kena cocok biji mata baru tau...
Disebab kan tuan rumah tak buka pintu kami semua ambil keputusan pulang saja...


Keesokan nya, pakcik patient tu mintak maaf sebab die tertidur malam tu ...
Disebabkan kes  tu pakcik patient ni belanje kami semua makan KFC...Segan die cakap dengan kitaorang semua...Hehehe..Kecian pakcik.....
Ape pon kalau tuan rumah tak buka pintu jangan la dok mengintai2 kat dalam..hahha tak baik...Mana la tau tuan rumah belum bersedia menerima tetamu kan....
Dalam hati jahat ni ade gak terdetik,pakcik ni takut ke buka pintu sebab kitaorang datang sampai 6 buah kereta....hahaaa...Jahat kan aku..hohooo..Mintak Maaf pokcik...gurau je...:)


Gambo masa beraya di rumah patient ...







Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Wordless Wednesday #18





** Alesya dah boleh pakai baju mama..hehe**


Sunyi cikit dua hari ni bila Alesya tak sihat...
Rindu kepetahan die..
Rindu kenakalan die...
Bila tak sihat die banyak diam aje...
Semoga anak mama cepat sembuh...


** Alesya muntah beberapa kali sejak senin...Semalam dah tak muntah satu hari tapi hari ni muntah lagi...



Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
All Right Reserved © Cute Mama ~ Design By Mama Arina