Adap Mengunjungi Rumah Orang




Tafsir Al-Quran
Surah An-Nur ayat 27-29

Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.(27)

Sebab turun ayat

Diriwayatkan daripada Adiy bin Thabit, seorang lelaki kaum Ansar : Bahawasanya seorang wanita telah bertanya kepada Rasulullah saw : “ Ya Rasulullah ! Saya sedang berada dalam rumah dalam keadaan saya tidak ingin dilihat oleh ayah mahu pun anak saya, tiba-tiba ada orang masuk ke rumah melihat saya apa yang patut saya lakukan ?”, maka turunlah ayat ini.

Huraian ayat

Rumah adalah tempat menyimpan rahsia kerumahtanggaan. Pada kebiasaan, manusia itu ada dua wajah, wajah dalam rumah dan wajah di luar rumah. Apa yang berlaku dalam rumah adalah rahsia peribadi seseorang mukmin. Pendedahan aurat antara suami isteri serta anak-anak gadis adalah lumrah di dalam rumah.

Justeru itulah dalam ayat 27, Allah SWT mengajar hamba-hambaNya yang beriman supaya memiliki adab yang mulia apabila berkunjung ke rumah orang. Hikmahnya agar memelihara maruah tuan rumah supaya tidak kelihatan segala pemandangan yang mengaibkan diri dan keluarganya.

Ayat ini menjelaskan, antara adab yang perlu dilakukan ketika mengunjungi rumah orang ialah meminta izin dan memberi salam terlebih dahulu kepada penghuninya, moga-moga dengan cara itu akan menimbulkan perasaan kasih dan kemesraan sesama manusia.

Firman Allah SWT,

“Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(28)

Pada ayat 28, Allah SWT menyatakan sekiranya orang yang berkunjung itu tidak mendapat izin dari penghuni rumah, maka hendaklah ia pulang saja. Sikap demikian itu adalah lebih baik daripada berdiri di depan pintu rumah dengan niat memaksa penghuni rumah agar mengizinkannya kerana penghuni rumah kadang-kadang sedang sibuk dengan suatu pekerjaan dan dia tidak mahu diganggu oleh tetamu.

Jika rumah itu tidak ada penghuni yang berhak untuk memberi izin masuk meskipun ada kanak-kanak ataupun orang gaji, maka janganlah juga cuba masuk kerumah itu sehingga mendapat keizinan dari penghuni rumah yang sebenar. Ini kerana ada penghuni rumah yang tidak suka orang luar melihat apa yang terdapat di dalam rumahnya.

Dan juga mungkin kemasukan orang luar ke rumahnya mengakibatkan kehilangan sesuatu barang yang berharga akhirnya timbul tuhmah kepada orang yang memasuki rumah tersebut. Walaubagaimanapun jika memasuki rumah tersebut kerana kecemasan seperti memadamkan api kebakaran, menghalang berlakunya jenayah atau sebagainya tidaklah mengapa.

Firman Allah SWT seterusnya,

“ Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk di diami, yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan” (29)

Pada ayat ke 29 pula Allah SWT menyatakan tiada kesalahan memasuki rumah yang tiada penghuni sekiranya sudah mendapat keizinan dari tuan rumah seperti memasuki kedai, hospital, dan lain lain. Di akhir ayat ini Allah SWT menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui niat baik dan buruk seseorang apabila masuk ke rumah orang.


Beradasarkan surah an-Nur ayat 27 tadi, hendaklah para tetamu mengucapkan salam terlebih dahulu sebelum meminta izin untuk masuk.

Setelah salam yang pertama di beri tetapi tidak mendapat respon, maka tunggu dulu sebelum memberi salam yang kedua. Ketika itu tuan rumah mungkin sedang bersiap sedia mengemaskan diri dan rumah untuk menerima tetamu.

Kemudian beri pula ucapan salam yang ketiga. Sekiranya tiada juga respon maka hendaklah pulang. Berdalilkan hadis Rasulullah saw,

إذا استأذن أحدكم ثلاثا فلم يؤذن له فلينصرف

Maksudnya : Apabila seseorang kamu minta izin sampai tiga kali, namun masih belum juga diberi izin maka hendaklah dia beredar.

Sebelum diizinkan masuk, janganlah menghalakan mata ke dalam rumah. Sabda Rasulullah saw,

لو أن امرأ أطلع عليك بغير إذن فحذفته بحصات ففقأت عينه ما كان عليك جناح

Maksudnya : Kalau ada orang yang menengok-nengok rumahmu tanpa izin lalu engkau lempar batu sehingga matanya pecah, tidaklah engkau berdosa. ( HR Bukhari dan Muslim)



*** Teringat kisah masa aku dengan kengkawan kerja p beraya rumah patient...
Sampai rumah patient ni kami bagi la salam...senyap sunyi...dua tiga kali bagi salam...Tetap sunyi jugak..
Siap kami telefon lagi pon tiada jawapan...
Ada la kawan aku  ni duk mengintai2 ke dalam rumah...die kata nampak tv  on..nampak bayang orang...hahha jahat sungguh kan p mengintai plak..karang kena cocok biji mata baru tau...
Disebab kan tuan rumah tak buka pintu kami semua ambil keputusan pulang saja...


Keesokan nya, pakcik patient tu mintak maaf sebab die tertidur malam tu ...
Disebabkan kes  tu pakcik patient ni belanje kami semua makan KFC...Segan die cakap dengan kitaorang semua...Hehehe..Kecian pakcik.....
Ape pon kalau tuan rumah tak buka pintu jangan la dok mengintai2 kat dalam..hahha tak baik...Mana la tau tuan rumah belum bersedia menerima tetamu kan....
Dalam hati jahat ni ade gak terdetik,pakcik ni takut ke buka pintu sebab kitaorang datang sampai 6 buah kereta....hahaaa...Jahat kan aku..hohooo..Mintak Maaf pokcik...gurau je...:)


Gambo masa beraya di rumah patient ...







Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

26 comments:

Masha Meisters said...

pak cik takut nak bagi mkn bnyak2 nakkkkkkk....hehehehe

Chic Na said...

betul la kot pak cik tu tertido.. heheh.. siap belanja kfc lagi tu..

Solehah Shamsuddin said...

Amboi mentang2 smua dh keje, skali gathering da 6 buah kereta mai.haha seperti yg akak nasihat tu, sbnrnye solehah pn pnh wt. pi ngintai rumah org sbb nk tau da org atau x. tapi nasib baik btl2 xd org. dlu la, skrg xwt dh :D

Ooh Deo said...

Terima tetamu murah rezeki, tp ada waktu org rumah tak mahu terima tetamu, ada juga gi gegar pintu pagar..hehehe. Bagi salam 3 kali tak jawab balik sudah.. tp ade jugak tetamu masuk xpandai nak beri salam..

RIZZNA said...

kannn....ni lah, CiM nk cadangkan jugak supaya tafsir ayat diatas kita sebarkan ke pejabat yg buat MLM.

mohon terasa yeaaa,, bg yg buat keje rumah ke rumah, tp tak ikut tatasula, main redah. hurmmm...tak baik, Allah marah.

thanks for sharing, lelal

Pha Is said...

nice share...
6 kereta..? mau tak pak cik tu takut buka pintu.. heheheh

Miss N™ said...

HAmboii..siap mengintai..hehehe
selamat mata tak tumbuh kemtumbit..hehe

Cikrosecute said...

nice share...cantik gambar

Cik Ai said...

haish
nasib ler x kena jolok dgn tuan umah kan dok ngintai2 plak dlm umah dia..buatnya ada ank teruna ke tu mcm mn..hahahaha

norhidana said...

heheheh tp kadang ada org mana nk pikir2 psl adab mengunjungi umah... kadang pakai selamba je... udahla dtg lwt lg nk bersembang mcm tuan umah takmo tido

Unknown said...

apa ni lela..skodeng2 pokcik pulak..hahahahaha..ingtkan lela main redah masok je.. rupanya ada ketatasusilaan di situ.. x main masok je kan...hikhik..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ptt la pakcik tu takut nk buka pintu korang terjah dgn 6biji keta hahahaha...fengsan nak menjamu tuh kahkahkah

Cikrosecute said...

akak singgah...

Unknown said...

tq..bgtau
huhuuh..
mengintai yer

Kekzamanis said...

Boleh pulop main intai2.. Hikhik! Nasib tak kena cocok bijik mato.. Klu idok, jd kasim selamat ler kite.. Kohkohkoh.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

HeNRieTTa JoSe said...

Btul tu...rietta pown kdg kdg rimas...ada yg nk menjual, kita nie bru blj kerja, almaklumlah nk mandi...chantek punya pkaian, bila kita jawap salam mnta dia tunggu kjap, siao jerit jerit lg....awk tu nk berjual...buat kita hilang sabar jerr...

Psss...eeehh patient?doktor erk....

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa baiknyer pakcik tu siap belanja kfc lagi...

are_lin@yu said...

inshaallah tak blh min trjah ja kan..

Umi Nazrah said...

macam2 kes tetamu ni. ada yg masuk terus lepas tu baru bagi salam pun ada tau :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hai kak lela
wani singgah selasa

Aine Ainun said...

Musim raya...mmg ramai prg datangkan..
elok share benda ni...=_
kdg2 org tak tau adab dtg rumah org...

Si Matatajam said...

Nice sharing Lela... Akak kalau bg salam 3 kali tuan umah x jwb mmg akak balik jawabnya..hi hi

Cho Zila said...

adap itu kena jaga...

Cendol said...

hahaha nice entry akak, pada awalnya ada peringatan untuk kita,then ada cerita lucu pulak..haha rajinnya pegi mengintai ye..
btw,bagusnya misi2 ni pegi beraya rumah patient..contoh yg baik sgt kan..sambil berkhidmat dapat menjalinkan silaturahim dengan pesakit..tak de la patient takut misi bawak jarumm...hihi i salutee!!!

Mimie said...

Hahaha..sabar ajela siap tinjau2 dlm umah patient ye

Nurul Says said...

comel je yang duduk tengah tuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
All Right Reserved © Cute Mama ~ Design By Mama Arina