Gumbiranya hari ini...



Sukenye harini.gembira.semangat aje rasenye..Senyum aje..

Kenape eh...


Hari ni adalah ...




hari....





HARI LAHIR SAYA YANG KE  28th










Happy Birthday untuk diri sendiri...heee..

Pejam celik pejam celik dah bertambah usia ku..Semoga dengan bertambahnye usia ini aku dapat buat yang lebih baik untuk diri dan keluarga..Terima Kasih Ya Allah..Syukur....




pssst: Ada sesiapa nak bagi hadiah tak? hihihik...

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Ujian PAP Smear



Nak tanye la sape dah jalani ujian ni..
Ape itu  ujian PAP Smear?
16hb April ni aku ada appoiment untuk jalani ujian ni...
Dulu ada appoiment juga,mase tak lame bersalinkan Alesya tapi aku tak pergi..heeeeee....

Semalam la..mase bawa Alesya pergi klinik untuk wat check up boleh plak Staff nurse tu bercerita pasal ujian ni..
Sudah kerja die kan...
Bila staff nurse tu  tau aku belum jalani ujian tu terusla die bagi aku appoiment untuk jalani ujian ni...
Takut pulak...kih kih kih..Sakit tak ek...


Disini ada info pasal Ujian PAP  Smear

Ujian Pap Smear

Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.


Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
All Right Reserved © Cute Mama ~ Design By Mama Arina