Anak itu anugerah
ANAK adalah anugerah yang
sangat bernilai kepada pa sangan suami isteri, kerana dengan
kelahirannya menam bahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting,
anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas
ibu bapanya kembali bertemu Allah.
Mereka juga akan mewarisi apa
yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia.
Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab
itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan ‘the little
caliph’ (khalifah kecil).
Dalam Islam, anak adalah harta paling
berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan
rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad,
Bukhari dan Muslim. “Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga.”
Anak
kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu
bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi
s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi,
bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut
dengan nya.”
Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda
me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga,
malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana
dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi:
“Kalaulah tidak
kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang
ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.”
Malah,
anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan
dalam hadis, bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga
melainkan mulialah ke luarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani).
Tetapi
mutakhir ini, ada ibu bapa yang tidak mengasihi anak mereka, malah
tergamak meninggalkan anak mereka tanpa memikirkan nasib yang bakal
dialami. Lebih teruk ada yang sanggup membuang anak di tepi jalan,
parit dan sungai, langsung tidak membayangkan sifat belas kasihan.
Apakah
sifat dan tindakan manusia sebegini mencerminkan budaya masyarakat Arab
zaman jahiliah dulu, yang bersikap zalim terhadap kanak-kanak apabila
sanggup menanam anak mereka?
Penolong Pengarah Institut Latihan
Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata jika
diperhatikan fe nomena pembuangan dan pembunuhan anak yang berlaku hari
ini kadangkala lebih teruk daripada peristiwa yang berlaku pada zaman
jahiliah.
“Mengapa tidak? Pada zaman jahiliah dulu mereka mem
bunuh anak perempuan saja, malah menanamnya di tim bunan pasir, tetapi
sekarang tidak kira anak itu perempuan atau lelaki, dibuang serta
dibiarkan mati begitu saja, malah ada yang mati di dalam parit,
longkang dan sungai,” ka tanya.
Beliau berkata, mereka yang
berbuat demikian sehingga meragut nyawa si anak dihukum membunuh dan
tindakan itu adalah berdosa besar.
“Membuang bayi baik di dalam
kandungan atau selepas dilahirkan adalah haram dan berdosa besar,
dihukum ke salahan membunuh,” katanya.
Islam amat menghormati
nyawa seseorang manusia, sama ada ia masih di dalam janin, usia bayi
atau sudah dewasa, semuanya perlu dipelihara dan dihargai. Sebarang pem
bunuhan tanpa hak dilarang sama sekali dan dikenakan hukuman berat.
Baginda
s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Dalam mem bunuh janin wajib kifarah
(denda) hamba lelaki atau pe rempuan.” (Muttafaqun Alaih)
“Sesiapa
yang membunuh seseorang bukan kerana hu kuman ke atasnya kerana
membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka
sesungguhnya ia membunuh semua manusia“ (an-Nisa’: 32)
Allah
mengharamkan pembunuhan terhadap orang lain dan mengharamkan juga
perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, Islam juga mengharamkan
perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri.
Gejala
buang bayi makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi dengan kehidupan dan
pergaulan muda-mudi yang terlalu bebas. Bayi dibuang kononnya sebagai
jalan keluar bagi kemelut masalah yang dihadapi atau sekurang-kurangnya
bagi menutup malu, sedangkan sebaliknya ia terus me ngundang masalah.
Timbalan
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, dipetik
berkata, aspek kekangan ekonomi dan ku rangnya pendidikan agama turut
menyumbang kepada ma salah yang semakin meruncing itu.
Beliau
berkata, sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang
dilaporkan di seluruh negara, daripada jumlah itu 117 bayi lelaki, bayi
perempuan (96) dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana sudah
reput.
“Kementerian berpendapat cara terbaik untuk menangani isu
ini ialah dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat
mengenai pentingnya menjaga kese lamatan kanak-kanak serta mengamalkan
prinsip kema nusiaan,” katanya.
Jumlah itu berdasarkan kes yang
dilaporkan tidak me ngambil kira kes terpinggir, tetapi ia sudah cukup
mem bimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia akan me ngundang padah
yang lebih teruk, baik kepada kehidupan sosial masyarakat mahupun
kepada Islam itu sendiri.
Zamihan berkata, semua pihak perlu
sedar anak yang dibuang itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa
kesalahan, suci bersih dan tidak berdosa, walaupun ia lahir daripada
hasil persetubuhan haram.
“Anak itu tidak berdosa, tidak
bersalah, tidak hina, malah tidak membawa sial atau majal kepada ibu
bapa dan ke luarganya, cuma dia lahir daripada persetubuhan haram.
Mereka yang salah adalah ibu bapanya, bukannya dia, tetapi kenapa dia
yang menjadi mangsa?
“Sepatutnya anak itu dijaga sebaik-baiknya,
diberikan kasih sayang secukupnya sebagai penebus kepada keterlanjuran
terbabit dengan persetubuhan haram dan selepas itu kah winlah di
samping sama-sama memberikan kasih sayang kepada anak terbabit.
“Tetapi
yang berlaku sebaliknya, sudahlah salah berzina, buang dan bunuh anak
pula, menjadikannya dua dosa,” katanya, sambil menegaskan membunuh bayi
adalah dosa besar dan mereka yang terbabit perlu segera bertaubat.
“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?” (at-Takwiir: 8-9)
Pada
masa ini, Kanun Keseksaan memperuntukkan hu kuman penjara maksimum 20
tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi, namun
undang-undang itu tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang ber
tanggungjawab menghamilkan wanita dituduh membuang bayi itu.
Zamihan
berkata, sudah tiba masanya semua pihak meng gembleng tenaga untuk
menangani gejala memalukan itu, sekali gus memastikan keharmonian dalam
kehidupan ber masyarakat terus terpelihara, terutama masyarakat Islam
yang menjunjung Islam sebagai panduan hidup.
“Mengapa ini semua berlaku? Ia berlaku disebabkan tiada kefahaman terhadap tuntutan beragama, tidak memahami Islam dan hukumnya.
“Sepatutnya
bagi orang yang menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup, memahami
aturan agama itu se baik-baiknya, supaya agama yang dianuti itu boleh
menjaga diri kita.
“Dari satu sudut juga, tiadanya kuat kuasa
undang-undang Islam, sedangkan ia amat penting bagi menegakkan hukum
agama, malah jika dilihat sekarang ini orang boleh buka aurat sesuka
hati, menunjukkan tiada atau longgarnya kuat kuasa,” katanya.
27 comments:
YaALLAH...
Kenapa dengan hamba ALLAH tu...
orang xde ank, teringin sgt nak anak..tapi dia dah ade ank, tapi xnak jaga elok2..
ank tu anugerah dari ALLAH...
DIA dah amanahkan kita untuk jada anak..tapi kenapa dengan hamba ALLAH tu..
sedihnya nur baca...
apsal tu eh?tak sangka pla ada ibu yg sgup ckp gtu..klu yg buang anak tu mmg dah tau tak brhati prut,klu anak yg hlal mksudnya dah kwin semua blh ckp gni mmg xfhm..huhu..sian baby tu ;-(
ya Allah sampainye hati ckp cam tu pasal ank.pas tu pos pulak kat fb..mana maruah dia sebagai seorg ibu?? haihh.. skema jugak deqla komen kali ni kan? hahaha..
dr ats ke...nyue setuju dgn enrty akk..anak adalh anugerah...
ble sampai kat komen yg akk tampal tu..sedey..terkedu kjp...sebegitu sekali kenyataan seorg yg bergelar ibu..
bg yg tiada anak..berusaha nakkan anugerah tersebut..bg yg dikurniakan anugerah tersebut, xlangsung menghargainya...
serius sakit hati plak..
frustnye bila ada mak yang bersungut pasal anaknya,,. kat wall saya pun camtu gak ader frens yang suka marah bila anaknya menagis tak henti2.. macam la dia masa kecik dlu tak nanges... syukrlah dia ada anak.. yang tade anak merintih nak anak.. ee geram plaks.!
astaghfirullahalazim.... mengucap panjang... jgn beranak kalau takde sifat keibuan...
Ya Allah knp dia sanggup kata mcm tu kt anaknya...moga dia cpt sedar n insaf...
betul tu kak lela anak amanah n anugerah yg xternilai...walau mcm mn keadaan sekalipun pelihara anak2 sebaiknya..bagus entry kak lela ni peringatan utk kita bersama
anak mmg anugerah yg tak ternilai...sunyi rasanya rumahtangga kalau tak de anak....9tahun kami sunyi tau..setelah ada mia....baru terasa hidup lebih happy...hihihhi..Alhamdulillah..
biasenya mcmtu la bila ada...
sedangkan ramai yg diUji tanpa anak,mcm2 diorang usaha utk dapatkan anak.....
semoga satu hari nanti dia mendapat petunjuk...
errr kejamnya perempuan tu. sanggup cakap anak mcm tu. teringat video yg dera anak. kesian baby. sedih. :(
erk..
ada org mcm tu eh..mak tiri ke dia tu..pelik lah..kalo x mo ank bek x yah beranak..dah tau2 anak tu rezeki Tuhan..anugerah x ternilai kan..haish terEMO la plak ai bila bc nih..
psst!rs nk kawin cepat2 lah nk ank jugakkk..boleh peluk bl blk kj mcm org tu peluk Alesya...wuarggggg :)
die post gitu errr mmg x patut die post gitu
astagfirullahalazim..tergamak seorang ibu cakap mcm ni..
ade jugak keeeeee ibu cmni. mcm tak caye je. anak kecik yg tak tahu pape tu dimarahnye. huhu. tak waras ke? ;)
Hah!!!
Punyalah tertib CìM baca tazkirah d hari yg mulia ni. Rupa2nya...
Aduh, tk baik la. Ank tu mana tau apa2. Lela kena prhatikn takut apa plak ibu tu akn buat kat anak dia.
Sédèyy..
lela... gitu sekali,... camner tensionpun tolonglah jangan post status gitu.. orang boleh interpertasi salah pasal kitakan.. tapi kalau yang ditulis datang dari hatinyer betoi2 alamak apakah emak sekarang gini sifatnyer.. tolonglah..
ya rabbi..nurul tak mo komen pjg2 cuma nk kta sangat kecewa dan sedih..
anak adalah nyawa bagi mama,derita anak derita mama,sakit anak sakit mama,begitulah seterusnya.
tapi hamba allah yang tidak tahu menghargai anak adalah manusia yang tidak tahu bersyukur dan menjaga amanah ALLAH.
PANAS Pulak mama baca status ibu stress tersebut.huh!
Kenapa dengan ibu tue?Macam ada masalah besar...kesian anak jadi mangsa...
kesian anak tu.. apa salah dia xpasal2 kne marah.. anak tu kan anugerah..
Ya Allah mana la naluri kasih sayang seorang ibu dlm hati dia tu..isk isk..
benar.anak itu anugerah..tetapi ianya bentuk ujian agar kita bersabar. tazkirah yang bagus seklai untuk pagi2 ini tq
nak kata tiap anak itu ada ditentukan olehNya nasib dan rezeki masing2. nice info...
manusia mcam tu takda sifat keperimanusiaan langsung larh...tergamak dia..huh..
p/s: sowi tak BW coz computer ofis rosak...nanti ok sy terjah semua...
huhu..semput baca kak..panjang..hehehe..xp penuh dengan pengisian..kina setuju sangat tentang yang dah buat 2 bertanggungjawab lah kan...dah buat satu dosa tambah satu dosa..
pasal post 2..adakah dia seorang ibu?
status 2 macam bukan dari seorang ibu,apa nak jadilah kan..sepatutnya kasih dan sayng akan lahir [pada setiap diri seorang ibu..:)
uik.. nape ltk status mcm tu... mmg tensen ngan anak sekali pun... ingatlah tangisan tu nanti yang kita akan rindu sangat2 nanti huhu
terkejut tgk status fb seorang emak macam tu..sangat tak patut..moga dia diberi hidayah..
:(
p/s:akak no. 2 bila lagi? hehe~
Post a Comment