Makan Malam Kami

 
Menu kami malam tadi


Simple je..
Sup daging,Ikan goreng,Sayur goreng dan Ulam daun selon

Hubby mintak buat sambal sekali, die cakap sedap makan ngan ulam..Maka nya aku pon buat la...

Ini resepi :

Bahan-bahan

2 biji lada merah besar
2 biji cili padi merah
2 inci belacan
1 sudu besar ikan bilis
2 biji bawang merah (dihiris)
1biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Ajinamoto( jika mahu)
1 biji limau kasturi


Cara cara;


1. Goreng lada ( dihiris supaya tidak meletop semasa menggoreng) belacan, ikan bilis dan bawang menggunakan sedikit minyak sahaja. Goreng sehingga keperangan.

2.Tumbuk bahan yang digoreng  sehingga lumat
3. Hidangkan bersama perahan limau kasturi

*Jika suka pedas, tambahkan cili padi.
*Kesedapan sambal bergantung kepada jenis belacan. Pilih belacan yang paling sedap dan original(bukan dari kilang), seeloknya belacan kampung.


AKu goreng lada dan bawang dulu..


Sedap tau..cuba la..heeee

Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

17 comments:

Acik Erna said...

kelemahan acik..tak pandai buat sambal belacan..tak sedap..

Unknown said...

bestnye lauk...suka la lauk cam tu...membangkit selera dimakan dgn nasik panas2...nyum2..

Aine Ainun said...

Kalo ade sambal blacan mmg selera kan kan

lelamaisara said...

Saye pon wat kadang tak menjadi...

lelamaisara said...

Betul....makan mesti nak bertambh kan...

lelamaisara said...

Betul2....sedap..

Miss N™ said...

walaupun simple, tapi bila mkn, xsedar dah 4 kali tambah.. :)
lauk2 cm ni mmg mbuka selera.. :)

Liyana Anuar said...

banyak lauk..sedap je tgk..hehe~~

~Cik Sweety~ said...

kecur liur..sweety dahla xleh tgk sambal2 segala...huhuh

Chic Na said...

lauk simple cmni lg la berselera nk mkn. suka ulam selon tu!! ;p

dieyna said...

Esok baru nak masak menu lebih kurang sama macam ni.. hehe

p/s : Suka header blog ini comey

lelamaisara said...

Dieyna: 1st time org puji blog ni...hiiiiiii

Unknown said...

aduh..bila nampak pic-pic cam ni, perut pun mula berlagu riang..

Masha Meisters said...

lauk simple2 lagi sedap daripada lauk yang mahal2 kan

Cik Ai said...

eh x penah lg ai mkn sambal belacan kena goreng dulu..ni sambal yg mkn dgn ulam tu kan..kira lps goreng baru tumbuk lah eh..

QasehnyaRania said...

1st time tgk sambal belacan goreng dulu..
nak try la..

selalunya ciksu tumbuk biasa je...hihi

9n0L4 said...

ooooo ni resepi goreng jugak ehhh. tak mkn sambal belacan. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
All Right Reserved © Cute Mama ~ Design By Mama Arina