Takziah Kawan..



MUAR – Dua maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dengan motosikal di Sungai Pulai, Seri Menanti dekat sini, kelmarin.

Mereka terbunuh dikenali sebagai Mohd Nordin Daud, 29, dan Noriana Mohd Muttar, 28.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, motosikal yang ditunggang Mohd Nordin dari arah Batu Pahat menghala ke Muar dipercayai cuba memotong kenderaan lain di hadapan.

Bagaimanapun, cubaannya gagal menyebabkannya motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki Noriana bersama suami dan seorang anaknya berusia tiga tahun, di laluan bertentangan.

Akibat rempuhan kuat itu, Mohd Nordin tercampak di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan yang lain.

Noriana yang mengalami kecederaan parah dan tersepit di tempat duduk penumpang, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Batu Pahat.

Manakala suami Noriana serta anaknya terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan, kini menjalani rawatan di Hospital Batu Pahat.

Difahamkan, tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu Pahat selepas menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli mengesahkan menerima laporan insiden tersebut.

Menurutnya, mayat Mohd Nordin dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Saya meminta kerjasama saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

Sinar Harian 15 Mei 2012

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya
 
 
  Noriana Mohd Muttar tu merupakan isteri kawan sekelas aku,Zainoor Ezamuddin@ Ejam...Alfatihah...
sedih aku mengenagkan anaknya yang  masih kecil lagi,sebaya Alesya kalu tak silap...
dengar cerita juga Arwah sedang mengandungkan anak kedua mereka...Ya Alllah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang ber iman...


Terima Kasih Daun Keladi Ada Masa Datang Lah Lagi

21 comments:

are_lin@yu said...

al fatihah..sama2 kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yg beriman

Aine Ainun said...

sayunya....
anaknya kecik lagi...=(((

tapi, itu semua kuasa Allah kan, tiada yang kekal didunia..

alfatihah, semoga mereka tabah hadapi semua ini...

alisya p sekolah?? wah mesti cute kan...nangis x??

Madam iEeDaZ said...

AL-FATIHAH...semoga arwah tenang serta dicucuri rahmat keatas nya disana... amin

dieyna said...

alfatihah.... ksiannya dengan si kecik yang kehilangan kasih ibu huhu

Unknown said...

kesian kan..kecik2 da kehilangan ibu...Al-Fatihah..moga arwah ditmptkan di kalangan org2 yg beriman...

~Cik Sweety~ said...

alfatihah utk arwah..takziah utk keluarga mereka..

Si Matatajam said...

Al fatihah Dan takziah pada keluarga mangsa. Sebak ja M baca entry ni....

Siti_btp said...

Al-Fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..Amin.
Semoga anaknya berjaya di dunia dan akhirat..

Sebenarnya setiap hari tanpa kita sedari berperang di jalanraya..

Miss N™ said...

Alfatehah..!

takziah buat keluarga arwah..!

lelamaisara said...

AA...die p sekolah kacau orang lain...heee...geram je dengar akak call tadi..:)

Arina Shamsul said...

subhanallah..nak nangis je rasa..:(

al-fatihah..

nauzubilminzalik..

Arina Shamsul said...

dear..kalau nak center header tu,saya boleh tolong :) tapi kena bagi email dan pawood la..huhu.

kalau nak bagi tutor saya tak pro..hihi.nak kena buat sendiri gak..

tapi kalau was2 boleh cari tutor di lyssa secret :)

aliza said...

takziah buat keluarga kawan tu,.. akak baru baca kisah pemergian norma dr blog moon, pun sedih membaca kisah anaknya Rafiq mengucup jenazah ibunya,.. tabahkanlah hati anak2 kecil ini..

Liyana Anuar said...

Takziah pada keluarga dia...sedihnye..

Anonymous said...

alfatihah..tetiba teringat kes kemalangan yang baby 6 bulan tercampak dari kete..mak ayah dah meninggal..sedih kak..

Khai_Sol said...

takziah kpd keluarga tersebut,al-fatihah=')

Unknown said...

Ya Allah, kesiannya :( Al-fatihah buat kawan awak. Semoga keluarganya tabah.

Kemalangan ni kadang-kadang terjadi bukan disebabkan kesalahan sendiri. Jadi kena berhati-hati selalu.

Chic Na said...

Al-Fatihah.. sedih je baca. semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. :)

9n0L4 said...

sedihnya. al fatihah buat arwah.

mummyrinazone beauty said...

daripadanya kita datang,kepadanya kita kembali..
sayu hati baca..Al-Fatihah n takziah pd ahli keluarga arwah

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Al-Fatihah dan salam takziah...
sedihnyer anak masih kecil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
All Right Reserved © Cute Mama ~ Design By Mama Arina